Malaysia Tersenarai Negara Kelima Paling Selamat Untuk Keselamatan Wanita

Sudah pasti setiap orang di dunia ini menginginkan kehidupan yang selamat, aman dan damai di kawasan tempat tinggal dan pekerjaan mereka, namun seluruh negara di dalam dunia ini tidak pernah terlepas dengan permasalahan dari segi jenayah yang berlaku sehingga boleh meragut nyawa seseorang.

Pada zaman yang serba canggih ini, terlalu sukar buat seseorang individu untuk mencari bandar yang ideal yang selamat untuk hidup dan bekerja terutama sekali buat kaum wanita kerana jenayah yang seringkali berlaku adalah di kalangan wanita.

GBE3T2FUGM45NHVJM7YZ5PCRLQ
India dinobat negara paling bahaya buat para wanita. Sumber: Washington Post


























 
Menurut satu kajian oleh ValueChampion, Malaysia merupakan negara kelima yang paling selamat untuk para wanita di 14 negara Asia Pasifik di kawasan bandar-bandar utama. Jika dilihat daripada senarai negara yang paling selamat untuk wanita tinggal pula, Malaysia tersenarai di tempat ke-10 daripada 14 negara di Asia Pasifik.

Pada senarai negara paling selamat untuk wanita tinggal, Singapura dan New Zealand telah tersenarai di tempat pertama merangkumi keselamatan, penjagaan kesihatan dan memiliki peluang yang mengagumkan.

Dalam penilaian negara-negara di Asia Pasifik yang disenaraikan, ValueChampion mengambil kira jumlah perlindungan undang-undang terhadap jenayah biasa yang dilakukan terhadap wanita dari segi perkosaan perkahwinan, gangguan seksual dan keganasan rumah tangga.

ValueChampion turut merujuk kepada indeks global seperti Indeks Pembangunan Manusia dan Indeks Keamanan Global untuk mengenal pasti keselamatan di setiap negara. Disini merupakan senarai 14 negara di Asia Pasifik yang dinilai oleh ValueChampion untuk keselamatan wanita:
20190307-Value-Champion-Safest-Asian-Countries-Ranking

Labels

arts (12) berita (1) birthday (2) family (197) fashion (3) food (200) friends (43) friendship (25) haiwan (2) I am a Secretary (7) Kolo Mee (6) lifestyles (136) merepek (10) noodles (4) Nuffnang (2) office life (3) photos (255) ramblings (286) rants (24) recipe (17) Remembering Daddy (1) technology (6) tips (6) uncategorized (32) weightloss (1) work (2)