IFTAR RAMADHAN BUFFET @ PULLMAN HOTEL, KUCHING


Cik Sona nak balik Marudi hari Jumaat ni.  Tetiba ajak kiterang semua bukak puasa sama-sama.  Tanya kat mana?  Hmmm.. jom kita pegi ke Pullman sebab kat BCCK macam dah tak best dah.  Mana-manalah, saya OK je janji sorru!


Belum rasa nak makan nasik.  Hambik kau ambik Nasi Impit, pastu ada Umai Obor Obor dan Kari Ayam.  Umai dia sedap, cuma Kari Ayam tu rasa macam tawar sikit....


Round kedua pun tiba.  Nampak Nasi terus ambik, walhal tadi sombong, tak pandang nasi haahahaha... Ikan Kerapu gril dan Ayam Crispy Sos Thai pulak yang nampak menggoda.  Oh ya, tak lupa seketul daging Black Pepper.  Kenapa seketul? Kawal nafsu.  Saya ada gout, takleh ambik banyak tau.


Laksa Sarawak dia punya kuah, pergggghhhhhh!! Fai kata pedas tapi saya tak rasa apa-apa, serius sumpah.  Memang lidah saya dah kebas kut.  Kalau nak rasa kick lagi saya rasa taruk je 2-3 biji cili padi dalam kuah laksa ni.



Serunding haha.. Gila kan?  Konon nak pegi ambik dessert tiba-tiba nampak serunding terus pegi ambik, sedap tau.  Dessert kat hotel ni pun sedap-sedap belaka, berwarna-warni aneka rasa haha...


Masa ni semua fokus pada pinggan.  Tadi bukan main lagi gelak macam Jin.  Saya mampu pusing 3 round aje.  Masih kenyang dari waktu lunch.  Saya nyaris lupa appointment dengan derang semua, kalau saya tak lupa memang saya tak makan lunch untuk bagi ruang kat perut ni untuk melantak sepuas hati.

Terima kasih kepada Cik Sona kerana telah belanja saya makan kat sini.  Mahal nyah, RM84 per head tapi sebab orang belanja saya redhakan aje haha.  Semoga diberi rezeki melimpah ruah ye Cik Sona tahun ni, mana tau dapat terus melangkah ke jinjang pelamin.  Amen.

Oh ya, geng kami ada nama tau, percaya tak?  Nama geng kami ialah:
SKUAD TAK BOLEH LAPAR

Sabo jelah!

Labels

arts (12) berita (1) birthday (2) family (197) fashion (3) food (200) friends (43) friendship (25) haiwan (2) I am a Secretary (7) Kolo Mee (6) lifestyles (136) merepek (10) noodles (4) Nuffnang (2) office life (3) photos (255) ramblings (286) rants (24) recipe (17) Remembering Daddy (1) technology (6) tips (6) uncategorized (32) weightloss (1) work (2)