Saturday, June 21, 2008

PIZZA MAGGI


Hehehehe... Ni salah satu cara untuk menikmati Maggi kalo bosan balik-balik sup taruk sayur dan telur mahupun goreng. Pizza Maggi! Macam tulah nama dia.. kenapa panggil pizza? Rupa pun macam Omelet Maggi kan?? Tahlah.. pencipta resepi nilah kurang ilmu kut... bantai jek nama dia pizza walhal bukan pakai roti pon..hehehehe.. takpe, takpe...meh kita sama-sama buat PIzzzzzzaa Maggi, mamamia!

Bahan-bahan:
Maggi Perencah Kari (kome boleh gune perasa lain kalo kome gemor)
Telur (1 bungkus Maggi guna 2 butir telur baru cantik bentuk dia..)
Sayur campur
Sosej
- Topping ni kalo kome gemor topping lain, kome tarukler.. tak keracunan pon..OK?

Meh kita masak sesama...

1. Rebus dulu Maggi tanpa perencah dan toskan.

2. Dalam satu mangkuk besor, pecah dan pukul telur tadi, masukkan perencah Maggi dan sayur campur.

3. Bila dah sebati, masukkan mi Maggi yang udoh ditos tadi wei! Gaul rata.

4. Panaskan minyak sedikit dalam kuali leper; masukkan sesenduk adunan tadi, dan leperkan macam buat telor dadar tu.

5. Agak-agak sebelah dah garing sket, terbalikkan dan masak sampai garing sket larrr....

6. Bila dah masak, hidangkan dengan sos cili atau mayonis.

Sedap tak? Kalo nak tau cuba sendiri lah iye?

Heheheh.. bye!