Monday, September 25, 2017

PUJILAH TUHAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS BERKAT DARINYA


Filipi 4:19: Allahku akan memenuhi segala keperluanmu menurut kekayaan dan kemuliaan-Nya dalam Kristus Yesus.
Amsal 10:22: Berkat Tuhanlah yang menjadikan kaya, susah payah tidak akan menambahinya.
2 Korintus 9:8: Dan Allah sanggup melimpahkan segala kasih karunia kepada kamu, supaya kamu senantiasa berkecukupan di dalam segala sesuatu dan malah berkelebihan di dalam pelbagai kebajikan.
Yeremia 17:7-8: Diberkatilah orang yang mengandalkan TUHAN, yang menaruh harapannya pada TUHAN! Ia akan seperti pohon yang ditanam di tepi air, yang merambatkan akar-akarnya ke tepi batang air, dan yang tidak mengalami datangnya panas terik, yang daunnya tetap hijau, yang tidak kuatir dalam tahun kering, dan yang tidak berhenti menghasilkan buah.

Tuhan Memberkati!

Saturday, September 09, 2017

MIRACLE HEALING RALLY - BEM BRIGHT STAR, KUCHING, 3 SEPTEMBER 2017

SHALOM!

Bertempat di gereja kami, BEM Bright Star, Level 2, Century Hotel, Kuching telah diadakan Rally Penyembuhan Mukjizat (Miracle Healing Rally) yang bermula pada jam 7:30 malam.  Gereja kami telah menjemput Pastor Robert Ssesanga dari Aflame Gospel Ministries, Uganda untuk kebaktian penyembuhan.  Mari kita lihat foto-foto yang sempat diambil pada malam tersebut.

ANTARA JEMAAT YANG HADIR PADA MALAM TERSEBUT

BAGI YANG TERLAMBAT, TEMPAT DUDUK DI LUAR DISEDIAKAN KERANA TEMPAT DUDUK DI DALAM FUNCTION ROOM 2 SUDAH PENUH!  PUJI TUHAN.

PS. ROBERT SSESANGA & PENTERJEMAH KAMI

WORSHIP TEAM KAMI.  ~ DR. LOREND, JOSHUA WONG, DAMELYN SALUDO, DI BELAKANG PULA TUMREE, MELISSA PANAI DAN HOA

SEMUA MENGANGKAT TANGAN MEMOHON MUKJIZAT TUHAN UNTUK PENYEMBUHAN

JAMAHAN ROH KUDUS!  HALLELUIA!  SESUNGGUHNYA HADIRAT TUHAN TURUT HADIR!
Puji Tuhan, semua berjalan lancar... walaupun gereja kami gereja baru... (baru 11 bulan), kekangan tenaga Ministries (usher kami tak sampai 40 orang), gereja kami kecil (lebih dari 300 orang telah hadir) ... tetapi kerana kasih karunia Tuhan Yesus, kami telah berjaya menganjurkan rally ini.  

Bayangkan... 65 orang telah menerima Kristus sebagai penyelamat mereka (sebelum ini mereka tidak beragama).. ramai yang telah disembuhkan terutama yang lumpuh, stroke, sakit lutut etc.

Ps. Ssesanga berasa amat bangga dengan pencapaian gereja kami, terutama Worship Team yang sangat "impromptu".  Beliau menambah apa sahaja lagu yang beliau minta, team kami yang diketuai Dr. Lorend mampu memberikan persembahan terbaik.  Puji Tuhan.

Oh ya berita baik bagi mereka yang terlepas rally kali ini.  Ps. Ssesanga akan kembali lagi ke Kuching, Sarawak (Malaysia) pada penghujung tahun ini, mungkin pada bulan Disember.  Berita baik ini nanti akan saya kongsikan di blog ini.

"Ketahuilah juga, setiap kali dua orang antara kamu di dunia ini bersetuju berdoa bagi perkara apa sahaja, doa itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku di syurga.  Hal itu demikian kerana apabila dua atau tiga orang berkumpul kerana Aku, Aku pun di situ bersama-sama mereka." - Matius 18:19-20 (BM)
Tuhan Memberkati!