Follow Me, Will You?

Monday, August 11, 2008

KUIH BAHULU @ BAULU PANDAN PUAN COKELAT

Nah, sapa cakap susah nak buat bahulu? Hehehe.. aku pun ingat susah jugak. Mak aku cakap guna 3 jenis barang jek. Gula, tepung dan telur. Tahap pemalas lah kalo tak buleh buat nak nak zaman moden ni suma ada. Dipendekkan cerita, aku dapat acuan bahulu ni dalam harga RM10.00. Khusus untuk dibakar dalam oven. Murah kan? Kalau ada acuan kuih cara pun boleh jugak, lagi cantik. Acuan kuih Madeleine pun boleh. Tapi sayangnya acuan bahulu yang aku beli ni lubang nya tak dalam sangat jadi tak berapa naiklah rupa bahulu ni. Bahulu ni mesti gebu dan jelita barulah merelit-relit, berselera tekak menengoknya. Apa kata kita tengok resepinya. Dah sedia?



Bahan-bahan:


Semangkuk telur (aku guna 8 biji telur yang gemok-gemok)
Semangkuk gula pasir
500 gram tepung gandum (disangrai/ goreng tanpa minyak sampai jadi kekuningan sikit dan tidak melekat)
sesudu the Esen Pandan (korang boleh taruk esen vanilla kalo suka bau wangi macam kedai kek tu)


Cara-cara membuatnya:


1. Gula dan telur dipukul sampai gebu. (boleh guna pemukul tangan kalo suka ala-ala tradisional gitu)
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai dapat konsistensi yang dikehendaki.
3. Sapu acuan dengan sedikit minyak supaya bahulu korang tak melekat.
4. Pastikan oven dah dipanaskan dalam 10 minit dan korang guna suhu 220 darjah celcius dan bakar selama 10 minit.

Hati-hati jangan lalai sebab bahulu ni cepat masak, sedap dimakan pulak tu. Jadi jangan biarkan kucing-kucing kepala hitam berada di sisi anda ketika membuat bahulu ni. 6 round aku bakar bahulu ni setiap kali masak setiap kali itulah laki dan anak aku pegi cilok. Oh ya, dalam gambar tu aku gunakan petitin yang untuk buat muffin sebab malas dah nak halau kucing-kucing kepala hitam tu. Ingatkan tak menjadi tapi lihatlah dunia, bahulu Cik Puan Cokelat menggebu-gebu naiknya! Selamat mencuba puan-puan!!

2 comments:

daradesa said...

coki thanks ya..bisi jak project tok ila haha nganti ngiga acuan dulu..eh nuan bakar ngena api atas/bawah ke serta ni pemaioh tepung tuang agai cuan nya..isi sampai penuh cuan ke setengah cuan..sori maioh tanya pulak org excited kak ngaga hehe

CoKeLaT-RaWkZ said...

sabar sabar dara, hahahahaha

1. tunu api atas sereta baruh, serentak

2. laban lubang ke enda entu dalam, diberi ku paras2 penuh lah, ya nemu gebu kembai kediri, udah nya nyamai nyungkit ngena kayu sate.

selamat mencuba. udah digaga ila, amik gambar engkah ba blog au?